Bismillahirrahmanirrahim...
Sejak dari kecik memang suka
sangat tengok citer cinderella. Feeling2 princess! Sampai pernah lah pasang
angan-angan nak kahwin dengan anak raja. Hehe.. Pastu nak jadi macam mendiang
Puteri Diana. Tolong orang sana, tolong orang sini. Best nyerrr..huhu
So..kalau nak ditengok kan
situasi sekarang ni…hmm..anak raja manalah nak kite ni kan. huhu.. Anak
rajagobal pun belum tentu nak kat kite. hehe.. Nak bantu atau sedekah kat orang
pun apa lah yang mila ada? Sedekah senyuman jelah yang mampu. Huhu
So..bila member citer
pasal ke’best’an program yang dia join tu memang membuatkan hati ni
meronta-ronta nak join! Pergi rumah anak yatim dengan rumah orang tua-tua dan
hulurkan sumbangan. Bersihkan surau. Dan macam-macam lagi.
Alhamdulillah..minggu lepas
miLa busy kan? haa..miLa join program tu la, “Program Ziarah Ramadhan Siswa
Belia 2013” di Surau Taman Molek, JB. Pengalaman jangan cerita lah. Macam-macam
miLa dapat. Walaupun puasa, tapi penat tu terbayar dengan setiap kenangan
sepanjang program tu.
Masak bubur lambuk dari A to
Z kami sama-sama buat. Siap dapat korek resipi lagi dari pakcik surau tu. Sementara
tunggu bubur tu sejuk, kami bersihkan pulak sekitar surau. Selepas Zuhur, kerja
mem’packing’ dijalankan. Dah siap, ha..apa lagi kitorang pergi kerumah-rumah
edarkan bubur pulak. Free je bubur tu, siap kami beri free gift lagi taw, jadual
berbuka puasa dan imsak.
Yang sedih part masa nak
hulurkan sumbangan kepada keluarga terpilih. Bila dah selesai majlis
penyampaian sumbangan, tiba-tiba ada satu mak cik ni bangun pergi kat pengacara
majlis. Mak cik tu jalan pun memang dah tak kuat sangat, heret-heret kaki je.
Percakapan pun dah tak jelas. Kena dengar betul2 baru faham.
Dia mengadu yang dia tak
dapat apa-apa. Ya Allah, sayunya hati ni tengok. Masa tu memang kami semua
terdiam. Sebab bungkusan yang ada makanan rutin tu dah habis. Mujur ada ketua
kami, dia datang dekat mak cik tu, salam cium tangan dan hulurkan not RM50 2
keping. Dia minta maaf bagi pihak kami dan hanya itu je yang mampu kami bagi. Subhanaallah..
Makin sayu masa tu, air mata si gembeng (miLa ler siapa lagi) memang tunggu
masa je nak mengalir.
Aish..kira dari pagi kami sampai
kat surau hinggalah malam, macam-macam pengisian kami dapat. Harap-harap next
time ada lah lagi program macam ni. Kepada golongan yang berkemampuan, jangan
lupa orang yang di bawah anda. Berkongsilah walau sedikit. Kadang-kadang yang
sikit tu dah cukup untuk beri sedikit keceriaan kepada mereka.
Jom layan gambar sepanjang program tu...
helaian jadual berbuka dan imsak
bersihkan surau
sesi mengemas
packing bubur
packing-packing
sesi mengedar bubur lambuk
di rumah flat
edar kat pengguna jalan depan surau..hehe
majlis huluran sumbangan makanan rutin
bersama keluarga terpilih
geng ziarah ramadhan, terbaik!!
p/s: hmm..boleh lah nanti miLa share entry resipi bubur lambuk pak cik surau tu..hehe..tq kat nisha sebab join gak..seronok kn? nanti kte join lagi ea :)
Mila orang JB ke.. mama kat permas... hihi
ReplyDeleteLa..yeke..hehe..mila orang kluang mama..tp study kat utm skudai..huhu
Deleteseronokkn buat aktiviti mcm ni..walaupun penat tpi sgt puas hati dapat bantu owg yg memerlukan bantuan..=)..Teringin kak zara nk masuk aktiviti2 mcm ni..=D
ReplyDeletetulah..seronok sangat..alhamdulillah walaupun masa tu nga puasa tapi penat tu hilang bila tengok wajah-wajah penduduk kat situ senyum. huhu
Deleteakak..nak tanya ni..hehe..kak zara ada join kan segmen ecah khalili tu? jangan gelak kan mila taw.. mila tak jumpa kat mana komen box ecah.. tak tawu nak paste url entry tu kat mana..huhu :)
maap mila..akak lmbat balas..hmm..maap2 byk5
Deletehehe..xpe kak zara :)
DeleteBest kan prog mcm 2... dgn prog mcm tu kte sedar kte kne byk bersyukur kt Allah.. kan?
ReplyDeletehmm..stuju2..masa nilah kite rasa sangat bertuah..sebab rupanya ada orang yg lebih susah dr kite..
Deletemelihat mereka tersenyum menerima sumbangan itu satu kegembiraan kepada kita..
ReplyDeletetawu takpe kak..hilang semua penat :)
DeleteAlhamdulillah =) bagusnya aktiviti mcm ni..smoga Allah rahmati semuanya..
ReplyDeletealhamdulillah..mmg byk manfaat nye..hrap aktiviti2 mcm ni dpt diperbanyakkan lagi..aminn..:)
Deletesemoga usaha mila mendapat ganjaran dariNya..aamiin..
ReplyDeleteinsyaallah..tq kak sha :)
Deletesama2..
Deleteseronoknya..dapat pengalaman dan dapat pahala sama.. :)
ReplyDeletealhamdulillah..seronok sangat join program ni..dalam masa yang sama macam2 pengajaran mila dapat..huhu
DeleteSeronoknya kalau dapat join sama ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah..byk manfaat miLa dapat :)
Delete