Followers

Friday, 26 July 2013

Alkisah kuih raya: Suji


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak menjak popular trend ‘kuih tunjuk', 2 3 tahun kebelakangan ni  memang semua 'kuih tunjuk' je kat rumah ni. Dah takde buat sendiri dah. Rindu pulak zaman-zaman duk menggila buat kuih dulu.

“Berapa jenis buat kuih raya tahun ni?”

Hmm..masa ni memang semua orang berlawan-lawan. 9..10..15.. Siapa yang paling banyak, memang bangga giler la dia masa tu. huhu..

Alang2 miLa kat rumah menganggur ni, cuba lah untuk mengasah bakat yang tak berapa nak ada ni. hehe.. “Mak, akak (panggilan mila kat rumah) nak buat kuih raya. Tapi mak tolong ulikan ea, nanti akak gentel je. Mak rilek je ehh.”

 Tapi, nama pun mak kan, tak sampai hati agaknya tengok anak dia buat sorang2, last2 sampai habis mak tolong sekali. huhu.. Untuk harini dapatlah 1 jenis, kuih suji. Salute lah kat mak, resipi semua dalam kepala je. Mak pakai hard disk ape la ek? Hehe..

So...sebelum mila ter'delete' resipi tu dalam kepala ni, better mila transfer kat blog ni. Kang kalau lupa, boleh cari kat sini. Nak salin kat buku, hmm..takut tak jumpa je buku tu tahun depan. Haha




Bahan-bahan:

Minyak sapi
Gula
Tepung gandum
Kacang badam (hiasan)
Nisbah minyak sapi, gula, tepung gandum= 1:1:3


Langkah2:

1) Ayak tepung gandum dan gula.
2) Gaul kan minyak sapi dan gula sehingga sebati. (agak-agak je)
3) Masukkan tepung gandum dalam adunan tadi. Kebiasaannya guna nisbah 1:1:3 tu. Tapi bergantung gak sampai dapat tekstur dia yang betul.
4) Gentel bulat2. Cucuk kacang badam kat kuih tu. Better cucuk dalam2, sebab nanti tak cepat tertanggal.

*mila letak dalam cup kecik2 tu, supaya nampak glemer..hehe

5) Hmm..nak bakar kat oven tu miLa pakai suhu 120 dalam masa 15-20 minit. Korang agak2 sendiri lah ea. Better try bakar 1biji je dulu. Tengok berapa lama yang sesuai.


p/s: Ramai yang buat pakai tepung suji, tapi mak buat pakai tepung gandum je. Bak kata mak, lain orang lain cara. huhu

16 comments:

  1. mng fav kak zara ni..tk biasa buat lgi tpi mak saudara klu tiap2 hri raya wajib dia buat..rsa2 tahun ni kak zara nak buat kut..tngok bahan2 tu je lah..cuma kak zara tak letak badam..hee..kurang suka kacang2 ni..huhuhu..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mila sekeluarge memang tak berapa minat mkn kuih suji yg jual kat laur tu..lebih suke mak nye..lebuh ringan skit..hmm..kak zara nak follow resepi ni ke?? hehe..takut bkn taste akak..hihi..owh..kak zara tak suke kekacang ea..mila ltak badam sbb tak tau nak hias ape kat atas tu..so pakai taram je letak badam..huhu

      Delete
  2. hehe, nasib takda step 7-8 macam entri syuk :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak mila tak pandai melawak mcm syuk..hehe..ada yang tak habis bace an..kalau habis bace pun dy x paham maksud tersirat syuk..huhu..

      Delete
  3. mama suka makan, dulu arwah opah suka buat untuk mama, mama tak makn suji orang lain buat dah sejak opah takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..yeke..sian mama..huhu..mila pn same..kalau kuih suji orang lain mila tak makan..mila makan yg mak nye resipi je..huhu

      Delete
  4. sedap kuih ni.. tapi akka tak reti buat.. mak akak kalau biskut atau kuih raya ni dia tak ajar akak buat.. boleh buat meniaga ni mila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mila pun tak reti kak aiza..ni pun merengek kat mak mintak mak ajarkn..hehe..nak wat meniaga?takut takde orang nak beli je nanti..wat makan sendiri boleh la =D

      Delete
  5. kuih ni , my favourite tapi tak pernah buat...selalu beli je...hikhik , tak pandai plus malas plus tak ada masa....chewah , banyak alasan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...byk nye alasan..hehe..xpe2..lgpun nang kn sbuk ngan keje skrg..nak lyn en. S lagi..huhu =D

      Delete
  6. he3 nmpk sedap =) kalau mkan lg sedap ni..tp kalau cikgu Mila post kt sini bertambah2 la sedap..kah3..asanya mcm xpnh lg biskut ni..rajin buat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hak3..waa...da puji2 ni macam kena pos kat fais satu telab je..hehe..tak rajin pun..saje isi waktu menggangur ni..huhu

      Delete
  7. My mom suka sangat dengan kuih suji ni. Tapi jarang buat kuih bila raya. Biasa main tunjuk2 je. Hekhek~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang memang tunjuk je..hehe..taun ni je tibe2 mila ter'rajin' nak buat sendiri.. =)

      Delete
  8. mcm buah apel..comel kuih nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq :) nak rase meh datang raye..huhu

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...