Salam Maulidur Rasul 1434H.
Rasanya masih tak terlewat lagi kan? Bak kata orang, kalau kat Johor ni
sambutan maulud nya kadang-kadang tu sampai sebulan. Itulah uniknya negeri kami,
Johor Darul Takzim.
Alhamdulillah, dapat nikmat
makan dalam dulang~ Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau nak merasa makan
dalam dulang ni time maulidur Rasul je. Berebut-rebut makan, yang tak selera
bertambah selera. Huhu..
ehsan facebook ustaz fairuz :)
Harap-harap jangan lah ada
yang sambut Maulud ni sebab nak makan free. Hehe.. betul tak? Rasanya ramai
jugak tadi yang dah makan terus angkat kaki J Ke mana tu Cik Kiah? Meh la, dengar ceramah ni
kejap.huhu.. Cerekerama boleh tengok semula kat tonton.com, kalau tak pun
tunggu je Insyaallah esok-esok keluar balik kat tv. Betul tak??
Hm..ceramah Ustaz Fairuz
Aliakhbar (fb ustaz fairuz klik sini) menarik tadi. Banyak inputnya, tak rugi tunggu
walaupun mata ni tadi dah kabur jugak (syaitan tumpang bergayut). Apa yang miLa
nak kongsi kan kat sini mengenai kisah Abu Lahab iaitu bapa saudara Nabi
Muhammad s.a.w.
Semua mesti tahu kan kisah
Abu Lahab yang menentang Nabi Muhammad walaupun darah mengalir dalam badannya adalah
sama (bersaudara). Malah, ada yang mengatakan bahawa muka, cara berjalan dan rambutnya ada iras-iras dengan Nabi Muhammad. Cumanya, Abu Lahab ini bermata juling.
Walaupun dia memang telah dijanjikan Allah di neraka, namun
ada satu kisah yang menarik yang rasanya ramai yang tak tahu termasuk miLa
iaitu Abu Lahab akan dapat nikmat minum susu pada setiap hari Isnin ketika di neraka.
Sebabnya adalah satu kerana
dia pernah menyambut Maulidur Rasul iaitu ketika kelahiran Nabi Muhammad.
Sebagai bapa saudara dia sangat gembira pada ketika itu bila dia mendapat tahu anak saudaranya lahir dan telah memberi makan kepada penduduk di Makkah. Walaupun hanya sekali itu je, namun dia diberi nikmat sebegitu. Itulah antara kelebihan
menyambut Maulidur Rasul. Subhanaallah..
Banyak lagi kisah-kisah yang
diceritakan oleh Ustaz Fairuz ni, memang tak rugi kita sambut Maulud ni. Banyak
manfaatnya…
Teringat pula perbualan abang dengan anaknya,
Abang: Esok Birthday Rasulullah.
Alisya: Ow..kita kena nyanyi hepi burhtday lah ea?
Alisya: Ow..kita kena nyanyi hepi burhtday lah ea?
Abang: Eh..tak. Tu namanya selawat.
mila yang dengar ni hanya mampu tersenyum je :)
makan dalam dulang ramai2 memang best selalu dapat merasainya masa kat kem2 sekolah dulu huhu
ReplyDeleteAllah akan balas setiap kebaikan atau kejahatan manusia walau sebesar zarah skalipun :)
2la..bila teringat nostalgia mkn dlm dulang rindu pulak nak smbut maulud kat sekolah..huhu..iye..btul2..stuju..setiap zarah dibalas dengan kebaikanNya... :)
ReplyDeleteSalam maulidur rasul. wah! sampai sebulan?
ReplyDeletesalam maulidur rasul..huhu..aah..da bulan Februari pn nty still ade yg wat sambutan maulidur rasul lg..hehe :)
ReplyDelete