Powered By Blogger

Followers

Friday 1 February 2013

Asma oh asma...


Alhamdulillah..dapat jugak habiskan drama Warkah CInta. Best~ Tapi teringat dialog ni,


“Kita semua buat dosa, setiap hari kita wajib minta ampun dengan Allah.”



2 3 harini ni pulak kesihatan pun tak berapa nak mengizinkan. Biasalah bila ada asma ni. Kena sentiasa bersiap sedia..huhu.. Tiap kali mengeluh tu cepat-cepat ingatkan diri, “Takpe, penghapus dosa.”

Setiap kali terkena tu memang ingat satu ini je, mati... Mati itu memang pasti, tapi hmm..janganlah, miLa belum bersedia lagi ni. 

Dan setiap kali asma, mak lah yang tak tidur sepanjang malam jaga miLa. Pantang batuk sikit, mesti tangan mak urut belakang badan, sapukan minyak angin. Terima kasih mak masa nilah nak bermanja-manja dengan mak..hehe

Asma ni memang lah takde nampak sakitnya, yelah kalau terluka nampak darahnya. Kalau jatuh nampak lebamnya. Bila asma ni, hanya orang yang kena je tawu betapa sakit nya rasa. Nak bernafas bukan main payah. Siap berpeluh-peluh semata-mata untuk bernafas. Terasa hilang satu nikmat masa tu

Tapi, selalu kalau dah terkena tu cepat-cepat tangan ni capai inhaler. huhu.. Untuk melegakan sikit sakitnya, mak miLa akan buatkan air panas untuk miLa.  Sekali lagi mak..Terima kasih mak J  

Alang-alang ni, miLa nak share lah sekali tips-tips untuk orang semput atau nak jaga orang yang kena semput..huhu

Orang yang kena asma ni, elakkan dia daripada terkena angin kipas atau air-cond sebab akan terasa lemas untuk bernafas. Kalau boleh asap ubat nyamuk pun jangan. Asap rokok??? hm..memang lagi lah tak boleh. 

Yang penting bila someone tu kena serang asma, kalau boleh tidur dia biarlah berteman. Mak cakap bahaya kalau tak teman, sebab memang ada berlaku orang yang kena asma meninggal semasa sedang tidur. Ya Allah, jauhkan dariku...

Kalau dah rasa semacam bila nak tidur tu, miLa akan pakai stokin. Kemudian sapu minyak angin (Vicks) di kawasan dada dan di belakang badan. Kalau biasa bantal rendah, miLa akan tinggi kan sikit bantal untuk mudahkan pernafasan.

Vicks

Tapi, kalau yang baru first time terkena tu lebih baik cepat-cepat jumpa doktor. Jangan takut, tak kena inject pun..haha

p/s: alhamdulillah..masih bernafas dan mampu untuk mengupdate blog..huhu

2 comments:

  1. wahhh bagus...dlm kalangan kwn2 je ade asma...

    ReplyDelete
  2. huhu..ow..yeke..mesti pnah tgok bile dowg ngah tkene kn :)

    ReplyDelete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...