Followers

Tuesday, 22 January 2013

The next pembuang bayi...


Tiba-tiba teringat kura-kura kat blok asrama. Apalah nasib dia sekarang ni. Makan ke tak. Air dalam akuarium bersih ke tak. Siapa lah yang tengok-tengok kan dia kat sana? Ingatkan tuan dia saje nak letak kejap je kat pantry blok, ni dah nak masuk 2 minggu kat situ.




Tak tahu lah nak gelar tuan dia apa. Tapi boleh dikatakan dia dah berdiri sebaris dengan pembuang bayi. Yelah, sekarang ni dah berjinak-jinak buang kura-kura. Tak mustahil suatu hari nanti dia akan tergamak buang bayi. Kalau dia buang karpet ke kasut ke cawan ke tak kisahlah, sebab tu benda tak bernyawa. Rasanya dia kena masuk balik darjah satu agaknya. Belajar untuk kenalpasti benda hidup dan benda bukan hidup! Huh..saba miLa..

Walaupun probability untuk tuan kura-kura ni jumpa entry ni 1 per 6437201981716151188769, miLa tak kesah. Tak kiralah sapa-sapa, please... tolonglah sediakan ruang sikit dalam hati tu benda ni " SIMPATI "......



Sampai hatinya dia tinggalkan kura-kura tu kat blok yang tengah kosong sebab semua balik cuti semester tu. Memanglah dia dah siap letak kan bekalan makanan kat tepi balang akuarium tu. Tapi tetap tak bertanggungjawab.

Dalam hati think positive je maybe tuan dia balik cuti semester susah nak bawak balik so dia tinggalkan je kat blok. Tapi letak lah notis apa-apa kat tepi akuarium tu. Nak je amek bawak balik rumah, tapi kang tak pasal-pasal dapat title pencuri pulak nanti.



No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...