Followers

Thursday, 3 January 2013

Alah...cikgu je…………..


Tak kira lah jumpa kawan lama ke jumpa kawan mak ke..pak cik teksi yang tak sampai 5 minit miLa naik mesti timbul soalan ni….

                   Amek course apa ek? (dah student mesti la tanya gini kan, takkan nak
                                                                tanya anak dah berapa..
J)

Dengan segan2 miLa akan jawab : Pendidikan je..
Kena jawab dengan perkataan ‘JE’! Sebab ade ‘JE’ lepas pendidikan? Hm..bila sebut study kat UTM ni mesti dorang terbayang ni mesti budak engine (engineering). Lagipun, selalu sangat kalau dengar makcik-makcik gossip berbual.. “Anak kau kerja apa?” ALAH…CIKGU JEEEEE…..

Cikgu jeeee? Ya Allah..kami nak jadi cikgu ‘je’ tu bukan senang mak cik. Kami kena belajar macam-macam… MACAM-MACAM…  kalau nak ajar matematik kat sekolah menengah tu bukan kitorang pi belajar balik semua chapter2 tu. Memang tak dapat dinafikan susah nak jadi doktor tu, tapi kami ni taklah senang.

Mereka-mereka selalu ingat kami kena belajar benda simple2 je. Tak…. Bila someone ternampak miLa study, mesti dorang tanya.. “Eh, kau belajar benda ni miLa??” “Eh, ni subjek aku. Kenapa kau amek benda ni?” “Kau bukan ajar sekolah menengah je ke nanti? Kena ajar budak2 tu ni ke nanti?”

buku rujukan

miLa rasa lepas ni kalau orang tanya lagi amek course apa miLa kena cakap macam ni agaknya.. 

saya amek course pendidikan..major math, minor fizik. saya kena belajar electronics, mechanics, optics, calculus, research method, educational psychology, telecommunication and network, real analysis..blah..blah..blah.. semua yang ada kaitan dengan dunia math, fizik dan pendidikan semua saya kena belajar.”  (semput~)

Hm..miLa pun baru tahu cikgu kena belajar benda ni semua. Sebelum ni pun, miLa anggap… Alah, belajar jadi cikgu ni senang. Tapi, bila diri sendiri yang menghadapinya. Masyaallah..macam ni rupanya nak jadi cikgu.

Soo..sekarang ni tak kira dia amek course pengurusan je ke, atau apa sekalipun sebenarnya tak sesenang yang kita fikirkan. L Semuanya ada susah dan senangnya.

p/s: Dan tak kira masa kita susah atau senang, langkahlah bersamaNya.

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...