Bila
singgah solat kat mana-mana mesti jemaah lelaki yang akan keluar masjid dulu.
Perempuan mesti akan lambat. Yelah..perempuan kan pakai telekung. Kena lipat
telekung dulu. Pernah tercakap,
“Untung
jadi lelaki..senang kan? Tak payah pakai telekung. Ambil wudhu’ terus boleh
solat.”
Tapi,
bila di renung semula, ada ke ayat al-Quran yang suruh perempuan wajib pakai
telekung untuk bersolat? TIADA…..
Ya
Allah…tiba-tiba termakan dengan ayat sendiri. Sebenarnya aku yang tak tutup
aurat. Kalau aku tutup aurat, aku pun boleh jadi macam kaum lelaki, berwudhu’
dan terus solat.
Jadi……..selagi
aku masih bertelekung, itu maknanya auratku belum ditutup dengan sempurna
lagi…… =(
“Wahai anak
Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap sembahyang…..”
-Al-A’raaf ayat 31-
Di
dalam ayat ini Allah S.W.T menyuruh kita supaya kita memakai perhiasan (pakaian
yang baik dan bersih) tatkala hendak sembahyang, supaya sesuai dengan menyembah
Allah Yang Maha Besar.
Menurut
ulama, suruhan ini adalah wajib, yakni memakai pakaian perhiasan yang patut dan
sederhana, mengikut adat setempat, ketika hendak mendirikan sembahyang. Tetapi,
menurut ulama, HANYA WAJIB SEKADAR MENUTUP AURAT SAHAJA.
“Wahai anak Adam,
sesungguhnya telah Kami turunkan pakaian kepadamu untuk menutupi auratmu,
begitu juga pakaian perhiasan. Tetapi pakaian takwa yang terbaik……”
-Al-A’raaf ayat 26-
“Wahai Nabi,
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya ke seluruh
badannya. Hal itu lebih mudah untuk mengenal mereka, sehingga mereka tidak
diganggu (disakiti oleh orang jahat). Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha
Pengasih.”
-Al-Ahzab ayat 59-
p/s:
Pakai pakaian solat…yang ni memang masih jauh lagi perjalanannya. Tapi, Insyaallah….sikit-sikit
ye miLa!
yup.. memang sng tpi x solat
ReplyDeletexpe..masih ade kesempatan utk u-turn smule =)
Deleteperempuan pun untung jugak :)
ReplyDeleteaah..sgt bruntung :) ade hikmah dsebalik setiap perkara yg ditentukn buat kaum hawa...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete:).. lelaki mudah tutup aurat tapi tanggungjawab besar.. sebenarnya perempuan lebih mudah masuk syurga..kan?
ReplyDelete:) mmg mudah..tp kami lah kaum yg paling rmai mnjadi pnghuni neraka..kn? :)
Deletebetul.. apabila nikah seorang perempuan tu, lebih mudah dia untuk ke syurga.. solat, puasa, jaga kemaluan, taat perintah suami (ikut syariat).. insyaAllah masuklah kamu ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu sekali pun...
Deletebetul2.. tapi klu solat terus xpaka telekung cam rs pelik aje.. pnt buat.. huhu
ReplyDeleteaah..pnah jgak buat sbb tdesak sgt sbb xde tlkung..mmg rase janggal sgt..
ReplyDelete