Masih
dalam topik minggu exam lagi… Terima kasih kepada parents Nisha yang sentiasa
memahami kami bertiga yang sedang ke’tension’nan dalam UTM ni. Huhu..Diorang bawak
kitorang pi makan kat Bukit Jepun petang Jumaat yang lepas.
Mula-mula dengar tu, ha..ade ea nama tempat Bukit Jepun kat JB ni? huhu.. Ish2..nama je anak johor. Wat malu je tak tahu..hehe.. Tak tahulah nak cakap kat area mana. Yang penting lalu kat Danga Bay.
Hmm..kat mana Bukit Jepun ni?
Lalu Danga Bay
Pastu masuk simpang kat dataran bandaraya JB. Naik turun bukit lalu kat rumah2 mewah. Tiba-tiba, tadaaaa..dah sampai!
Restoran ZZ, Bukit Jepun
La…..kat sini ke? Haha.. famili miLa cakap ni Jalan Mahmodiah (ejaan pakai taram). Ini kali kedua miLa ke sini, sebelum ni pernah datang dengan famili miLa. Kononnya 'mee rebus tulang' kat sini sedap giler tahap gaban (ayat abang). Fuhhhh…memang sedap pun…..! Tak boleh lupa kenangan sedut sum-sum tulang guna straw. Tapi takde gambarnya pulak.. Sori….hehe
Mekaseh 'pak cik din' n 'cik mas'!
slurppp...sedapnye...
muke release tension..hehe
Alhamdulillah..lepas
jugak kepinginan hati nak makan nasi goreng USA. (selera pelik) Sebab sebelum ni banyak kali gak nak order kat tempat lain, tapi asyik takde je. Bila nampak
kat menu kat sini, hmm..apalagi.. nasi goreng USA satu! J Sambil makan tiba-tiba teringat kat abah (kat
mak jugak..hehe). Sebab abah sangat suka makan mee rebus tulang kat sini. Takpe2,
lain kali saya datang dengan abah pulak ea =)
jem kaya =)
On
the way balik tu masyaallah jalan jem lah pulak. Dari kawasan Tampoi sampai lah
Skudai. Hmm…so kalau nak balik kat Sri Putri jangan beli tiket bas area pukul
5-6.30 petang. Kompem lama kena tunggu. Maybe sebab timing tu orang balik kerja
kut. Tengah jem2 ni, hm…berangan tengok kereta sebelah2. Hehe… Insyaallah..satu
hari nanti….
BMW bersiri-siri..huhu
Oke da tak tension! Jom sambung study! hehe..
p/s: Balik dari sini, ada try m'google' cari map Bukit Jepun. Hm..takde pulak. =(
gudluck utk final awk ;)
ReplyDeletemekaseh awk :)huhu
Delete