Followers

Friday, 18 January 2013

Bagai sirih pulang ke gagang...


Haritu bukan main serabut kepala lagi nak pilih sekolah mana untuk Latihan Mengajar (LM). Bila list sekolah untuk permohonan LM keluar sangat berharap sekolah lama miLa turut tersenarai. Tapi takde L hmm..haritu ada mohon untuk LM kat Indonesia tapi takde rezeki jugak. Takpe, ada hikmah apa yang tertulis oleh Dia ni.

Bila result LM keluar miLa kena mengajar kat SMK Tun Hussein Onn, miLa rasa seronok sangat. Dalam fikiran ni dah terbayang-bayang dah kawasan sekolah tu…tup..tup.. Lecturer yang uruskan LM suruh miLa call dia. Dalam hati..dup..dap..dup..dap.. Ya Allah, harap-harap janganlah dia campak miLa kat sekolah lain. Bila dengar dia nak tukarkan miLa LM kat sekolah lain, hati ni da redha je. Ok apa pulak kali ni…

Last-last dia cakap, “Awak nak transfer ke Sekolah Tinggi Kluang tak?” whaaatttttt?????? Mesti la nakkkkkkkk…. Ya Allah..alhamdulillah sangat2x! itu sekolah lama miLa kut.



Apa yang asyik bermain di fikiran ni ialah apa perasaan miLa kalau kena mengajar kat kelas lama? hehe.. Yela..dulu student tapi sekarang masuk kelas tu sebagai cikgu! Hmm..apa perasan bila jumpa bekas-bekas cikgu? Ok! Tunggu 18/2 ni nanti ye miLa, semua tu akan terjawab!

p/s: Dalam gembira berdebar jugak rasa. Ya Allah, harap-harap dipermudahkan segalannya.

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...