Followers

Tuesday, 8 January 2013

jom belajar bahasa!


Sejak dua menjak ni tak tahulah kenapa miLa teringin sangat untuk belajar bahasa-bahasa lain. Terutamanya bahasa Arab dan Mandarin. Kalau kat u ni memang banyak kelas bahasa. Cuma nak atau taknak je (malas sebenarnya).

Tapi dalam hati ni terlintas gak..

“bahasa Inggeris yang dah 15 tahun belajar tak fasih-fasih lagi, ada hati nak belajar bahasa lain”

Sebenarnya bukan masa yang menentukan segalanya, tapi kalau kita selalu gunakannya insyaallah prosesnya akan lebih mudah. Cuba bayangkan macam mana kita boleh fasih berbahasa Melayu walaupun masa kita baby kita tak pernah pun masuk kelas bahasa Melayu secara formal. Iye..memang bahasa Melayu mother tongue kita. Tapi, apa kuncinya? Sebab kita amalkan nya hari-hari… Alah bisa tegal biasa =)

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, hm…baru ni berkenalan dengan seorang blogger, fara namanya. Adik fara ada buat segmen jom belaja! Nak belajar bahasa mandarin? Meh singgah dan klik sini.

jom belaja :)


Buat masa ni adik fara ni baru buat tiga entry. Warna, nombor dan terbaru semalam dia ajar ‘xingqi’! Nak tahu xinqi tu apa,  sudi-sudikanlah tarik cursos anda dan klik link kat atas tu =)

Menarik dan mudah untuk difahami. Tak rugi kalau kita berilmu kan??? Kepada adik fara, teruskan ye..kak miLa akan jadi anak murid setiamu.. jazakillahu khoir =)

p/s: masih mencari blog yang mengajar bahasa arab…

No comments:

Post a Comment

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...