~Family~
Alhamdulillah…2012
ini makin bertambah ahli keluarga miLa dengan kehadiran seorang anak saudara
dan cucu. Kami bahagia kerana dicurahkan dengan penuh kasih sayang walaupun
disatukan hanya disebuah teratak yang kecil.
9 siblings, 18 ank buah, 2 cucu
Semoga kebahagian ini terus dikecapi dan mekar semekar bunga disyurga dan diberi nur hidayah agar kami semua berjalan seiringan menuju ke arahMu.
~Sahabat~
Alhamdulillah…2012
ini merupakan tahun yang cukup mencabar diri miLa dalam menilai erti sebuah
persahabatan. Dua sahabat yang setia seiringan dengan miLa di saat miLa ketawa
dan menangis menjadi penawar duka dihati. Setiap teguran tidak sesekali miLa
berkecil hati, tapi itulah yang menjadi kekuatan untuk diri ini terus
melangkah.
Terima kasih J
Walau
di mana sekali pun miLa berada, masih ada yang sudi menemani disetiap langkah
perjalananku. Apapun, tidak pernah lahir istilah, “dia bekas kawan miLa”. kerana
sekali berkawan selamanya dia kawan.
~Study~
~Study~
miLa
tidak sehebat insan yang lain sehingga belajar pun di negara orang. Tapi, apa
yang termampu ni akan mila teruskan perjuangan walaupun kadangkala tu banyak
jugak main-mainnya. Insyaallah, ada lagi 3 sem yang perlu miLa harungi. Harap
semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna untuk tahun yang mendatang.
~Hati~
Tipulah
kalau takde perasaan pada sesiapa. Diri ini bukanlah seorang gadis yang baik.
Kalau di fb memanglah selalu sangat2 share atau menge’like’ bab2 bercinta yang
halal dari segi syarak ni. Tapi, miLa tak seperti yang di ‘like’ tu. I’m still
a girl bila tengok lelaki idaman malaya akan rasa tertarik.
from him
Kepada dia, mungkin pelik bila tiada lagi mesej atau emel dari saya. Saya tak hilang dan masih di sini yang sukar untuk melupakan segalanya. Susah untuk buang semuanya. Tapi ini sesuatu permulaan yang baik, buang sikit2 dari terus menyimpan perasaan dan mengharap sesuatu yang belum pasti.
~Blog~
Dan
untuk warkah online ni, alhamdulillah… miLa sangat minat menulis. Tapi masa dan
kesibukan selalu menjadi penghalang. Insyaallah untuk yang mendatang miLa sangat
teringin nak share sesuatu yang boleh dikongsikan bersama. Bukan hanya tentang
hidup miLa tapi ilmu yang berguna. Insyaallah…
p/s: first time ni cerita pasal hati dan perasaan. Tiba-tiba rasa malu pulak~ hehe
soal hati tuu... 'tetapkan hati' haha :)
ReplyDeletealmak...nisha bace..malu2..hehe.. ^_^
ReplyDeletekalau tetapkan hati means miLa kena tetapkan hati utk dia la ea?? huhu..