Powered By Blogger

Followers

Friday 19 July 2013

feeling princess~


Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak dari kecik memang suka sangat tengok citer cinderella. Feeling2 princess! Sampai pernah lah pasang angan-angan nak kahwin dengan anak raja. Hehe.. Pastu nak jadi macam mendiang Puteri Diana. Tolong orang sana, tolong orang sini. Best nyerrr..huhu

So..kalau nak ditengok kan situasi sekarang ni…hmm..anak raja manalah nak kite ni kan. huhu.. Anak rajagobal pun belum tentu nak kat kite. hehe.. Nak bantu atau sedekah kat orang pun apa lah yang mila ada? Sedekah senyuman jelah yang mampu. Huhu

So..bila member citer pasal ke’best’an program yang dia join tu memang membuatkan hati ni meronta-ronta nak join! Pergi rumah anak yatim dengan rumah orang tua-tua dan hulurkan sumbangan. Bersihkan surau. Dan macam-macam lagi.

Alhamdulillah..minggu lepas miLa busy kan? haa..miLa join program tu la, “Program Ziarah Ramadhan Siswa Belia 2013” di Surau Taman Molek, JB. Pengalaman jangan cerita lah. Macam-macam miLa dapat. Walaupun puasa, tapi penat tu terbayar dengan setiap kenangan sepanjang program tu.

Masak bubur lambuk dari A to Z kami sama-sama buat. Siap dapat korek resipi lagi dari pakcik surau tu. Sementara tunggu bubur tu sejuk, kami bersihkan pulak sekitar surau. Selepas Zuhur, kerja mem’packing’ dijalankan. Dah siap, ha..apa lagi kitorang pergi kerumah-rumah edarkan bubur pulak. Free je bubur tu, siap kami beri free gift lagi taw, jadual berbuka puasa dan imsak.





Yang sedih part masa nak hulurkan sumbangan kepada keluarga terpilih. Bila dah selesai majlis penyampaian sumbangan, tiba-tiba ada satu mak cik ni bangun pergi kat pengacara majlis. Mak cik tu jalan pun memang dah tak kuat sangat, heret-heret kaki je. Percakapan pun dah tak jelas. Kena dengar betul2 baru faham.

Dia mengadu yang dia tak dapat apa-apa. Ya Allah, sayunya hati ni tengok. Masa tu memang kami semua terdiam. Sebab bungkusan yang ada makanan rutin tu dah habis. Mujur ada ketua kami, dia datang dekat mak cik tu, salam cium tangan dan hulurkan not RM50 2 keping. Dia minta maaf bagi pihak kami dan hanya itu je yang mampu kami bagi. Subhanaallah.. Makin sayu masa tu, air mata si gembeng (miLa ler siapa lagi) memang tunggu masa je nak mengalir.


Aish..kira dari pagi kami sampai kat surau hinggalah malam, macam-macam pengisian kami dapat. Harap-harap next time ada lah lagi program macam ni. Kepada golongan yang berkemampuan, jangan lupa orang yang di bawah anda. Berkongsilah walau sedikit. Kadang-kadang yang sikit tu dah cukup untuk beri sedikit keceriaan kepada mereka.

Jom layan gambar sepanjang program tu...


helaian jadual berbuka dan imsak


bersihkan surau


sesi mengemas


packing bubur


packing-packing


sesi mengedar bubur lambuk


di rumah flat


edar kat pengguna jalan depan surau..hehe


majlis huluran sumbangan makanan rutin



bersama keluarga terpilih


geng ziarah ramadhan, terbaik!!


p/s: hmm..boleh lah nanti miLa share entry resipi bubur lambuk pak cik surau tu..hehe..tq kat nisha sebab join gak..seronok kn? nanti kte join lagi ea :)

19 comments:

  1. Mila orang JB ke.. mama kat permas... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. La..yeke..hehe..mila orang kluang mama..tp study kat utm skudai..huhu

      Delete
  2. seronokkn buat aktiviti mcm ni..walaupun penat tpi sgt puas hati dapat bantu owg yg memerlukan bantuan..=)..Teringin kak zara nk masuk aktiviti2 mcm ni..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..seronok sangat..alhamdulillah walaupun masa tu nga puasa tapi penat tu hilang bila tengok wajah-wajah penduduk kat situ senyum. huhu

      akak..nak tanya ni..hehe..kak zara ada join kan segmen ecah khalili tu? jangan gelak kan mila taw.. mila tak jumpa kat mana komen box ecah.. tak tawu nak paste url entry tu kat mana..huhu :)

      Delete
    2. maap mila..akak lmbat balas..hmm..maap2 byk5

      Delete
  3. Best kan prog mcm 2... dgn prog mcm tu kte sedar kte kne byk bersyukur kt Allah.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm..stuju2..masa nilah kite rasa sangat bertuah..sebab rupanya ada orang yg lebih susah dr kite..

      Delete
  4. melihat mereka tersenyum menerima sumbangan itu satu kegembiraan kepada kita..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah =) bagusnya aktiviti mcm ni..smoga Allah rahmati semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..mmg byk manfaat nye..hrap aktiviti2 mcm ni dpt diperbanyakkan lagi..aminn..:)

      Delete
  6. semoga usaha mila mendapat ganjaran dariNya..aamiin..

    ReplyDelete
  7. seronoknya..dapat pengalaman dan dapat pahala sama.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..seronok sangat join program ni..dalam masa yang sama macam2 pengajaran mila dapat..huhu

      Delete
  8. Seronoknya kalau dapat join sama ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..byk manfaat miLa dapat :)

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...