Tak pandai masak takpe janji rajin masak..hehe. Ok, miLa nak share satu resipi. Siapa je yang tak suka makan ayam KFC, semua suka kan. Betul tak? Tapi kalau hari-hari nak pi beli kat KFC bankrup lah jawabnya bapak miLa. huhu. So, haritu men'google' la cari resipinya. Jumpa kat blog Dari dapur Madihaa. Klik sini.
So, miLa try lah buat. Hasilnya?? amazing! Start dari haritu, ada je orang dalam rumah ni yang request ayam goreng ala KCF tu.
Tapi, selepas beberapa kali miLa buat adalah sedikit renovate kat resipi tu. Kalau nak yang asal boleh rujuk kat blog Dapur Madihaa ye. Link nya miLa dah bagi kat atas tadi.
Bahan perapan:
bawang putih, lada hitam, garam, serbuk perisa
(ajinomoto), serbuk cili
serbuk cili
Untuk jumlah bawang putih, boleh letak ikut jumlah ketul ayam. 1 ketul ayam = 1biji bawang putih. Kalau nak buat yang spicy letak serbuk cili ye.
Cara-cara
1)tumbuk bawang
putih dan lada hitam.
2)gaulkan
dengan ayam
3)letak sedikit
garam, ajinomoto dan serbuk cili
4)perap sekurang-kurangnya 1 jam (lagi lama lagi sedap)
Bahan-bahan untuk tepung:
tepung beras, tepung jagung, garam, serbuk
perisa
Cara-cara:
1) Campurkan tepung beras dan
tepung jagung dengan nisbah 1:1 (sama banyak)
2) Letak garam dan sebuk perisa
Selepas beberapa jam:
Celup dengan telur dan
salutkan dengan bahan-bahan tepung tadi kemudian goreng.
Kalau boleh nak makan baru goreng ye. Makan panas-panas.huhu.. Dan misalan kalau takde telur atau tepung jagung atau tepung beras, terus goreng dengan tepung gandum biasa pun boleh. Hasilnya tetap sedap! Tapi tak jadi ayam goreng ala KFC la. hehe
Selamat Mencuba!
sedapnye ayam tuh..nak cikitt
ReplyDeletehehe..meh la dtg rumah.. :)
Delete