Powered By Blogger

Followers

Monday 1 July 2013

Gegar Koko


Bismillahirrahmanirrahim...

Seminggu yang lepas, sorang sorang anak murid mesej, telefon lah, inbox fb lah sebab suruh datang sekolah. (ayat bajet famous..huhu)  Sebab sekolah yang miLa wat praktikal ritu ada Hari Gegar Koko. Hmm..lebih kurang macam Hari Koko zaman sekolah miLa dulu kut.

Aishh..bukan cikgu tak nak datang tapi cikgu malu. Yelah..cikgu kan dah habis praktikal. Kira sekarang ni dah tak ada kaitan apa-apa dengan sebarang aktiviti kat sekolah. Mana boleh suka-suki je join, kang kena halau dengan 'pak guard' kang wat malu jek. Huhu..

So..memang decide tak nak pergi dah. Tup..tup..ada cikgu mesej jemput datang. Ingat jugak kat miLa ni. Hihi.. Yeahh…hilang malu sikit. Huhu.. Tapi, setakat nak datang saje-saje je, segan lah kan. Nanti mesti duk tercongok je. Mulut ni menggatal pulak tanya, “Takde keje ke yang boleh miLa tolong? Segan lah nak datang saje-saje je.” Haa….memang dapatlah bila dah tanya. Hehe..

So...tugas miLa kena tolong tengok-tengok gerai pelajar bomba. hehe.. Mula-mula tu takde siapa pun nak singgah beli. Sob3.. Sebab miLa ke sebab tu tak laku??? haha.. Bila fikir-fikir semula, haa..tawu sebab apa? Sebab gerai bomba ni jual air yang kalau orang order baru dorang buat. So, customer tak nampak apa yang dorang jual. Sebab tu takde siapa nak datang.

 Contohnya, macam air float. Mana boleh terus buat banyak2 dalam balang. So..mila cadangkan supaya dorang buat setiap satu sample air yang dorang jual tu dan promote kat meja gerai. Hasilnya....hehe..alhamdulillah.. Tak rugi rasanya seharian kepanasan kat tengah-tengah dataran sekolah tu. Macam2 ilmu yang miLa dapat. Hmmm...bukan senang rupanya nak meniaga ni.

customer kami =)

Walaupun cikgu selsema teruk Sabtu tu, tapi demi kamu semua, tade hal laaaa…cikgu datang jugak! Horayy dapat melepaskan rindu kat anak murid! Eh..bukan anak murid..BEKAS anak murid. Hmm..dah sebulan miLa pergi rupanya. Rindu tak bertepuk sebelah tangan. Dorang pun rindu kat miLa gak. Hehe..


Hm…macam-macam lah aktiviti yang ada. Pagi-pagi tu ada kawad dari semua badan beruniform. Pehhh…1st time tengok kawad berirama. Siap joget2 lagi. Haha.. Menari time kawad, cer korang imagine! Sorry takde gambar pun. Khusyuk tengok sampai lupa nak amek gambar..huhu

Disebabkan excited meniaga dengan student, sampai terlupa cikgu ni tengah selsema. Hmm..memang terbaik meniaga pulak air. Bila haus tangan ni laju je telan air batu di bawah panahan cahaya mentari. haha.. Sampai je rumah, macam-macam penyakit datang. Bukan selsema je, batuk dengan sakit tekak pun datang. Dan malam nya pakej terakhir, DEMAM! hehe.. Hmm..tu yang lambat nih update entry. huhu.. Harini alhamdulillah semua dah beransur nyahh dari badan. huhu..




12 comments:

  1. mesti mila seorang cikgu yang disayangi ni.. pelajar pun selalu ingat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..xla kak..myb sbb mila suka lyn dorang kut..hehe..mila kan takde adik..rase mcm dorg adik2 mila je..

      Delete
  2. hihihi.. terbaik lah cik mila.. seronok apa jadi cikgu ni, seronok melayan keletah diaorang.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tawu xpe mama..hmm..mama pn pernah rasa kan before ni? hehe..rindu nye nak balik saat tu.. =)

      Delete
  3. mesti cikgu yg sporting habis ni..hee

    ReplyDelete
  4. owhhh cikgu rupanya he3..msti anak murid syg nnti ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..xde gaya mcm cikgu ea..hehe..insyaallah stahun age..

      Delete
  5. laaaa, cikgu rupenya. ingat masih belajar. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu...insyaallah..lum hbis blaja age..ade lg dua sem..

      Delete
  6. Cikgu rupanya mila ni. Bagus2. Nanti nak apply jadi cikgu gak boleh tak? Hehe~ :D Kawad berirama tu baru ek? Sumpah tak pernah tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..insyaallah..ada lagi 2 sem =D boleh2..dialu2 kn..hmm..kawad sambil menari sikit2..pelik kan? mila pn 1st time ni tengok..tercengang2..huhu

      Delete

po

jom tengok-tengok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...